awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penagih dadah jadikan ibu tebusan, serang polis maut ditembak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
24/05/2023
07:38 MYT
Penagih dadah jadikan ibu tebusan, serang polis maut ditembak
Suspek dipercayai bertindak mengacukan parang pada leher ibunya dan bertindak agresif menghayun parang kepada pasukan polis. - Gambar hiasan
BAGAN DATUK: Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena tembakan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Hutan Melintang di sini pada Selasa.
Difahamkan, kejadian sekitar jam 10.30 malam itu berlaku apabila suspek penagih dadah itu enggan memberi kerjasama kepada polis malah menjadikan ibunya sebagai tebusan dalam cubaan melepaskan diri.
Sumber berkata, usaha polis memujuk suspek turut gagal, malah amaran diberikan tidak dihiraukan.
"Suspek bertindak mengacukan parang pada leher ibunya dan bertindak agresif menghayun parang kepada pasukan polis.
"Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Suspek yang cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya di sini pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#serang polis
#maut ditembak
#Bagan Datuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan