awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penagih perlu dirawat bukan dihukum - Syed Saddiq

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2023
04:50 MYT
Penagih perlu dirawat bukan dihukum - Syed Saddiq
Orang ramai diminta mengubah persepsi terhadap penagih dadah di negara ini supaya tidak dilihat sebagai pesalah yang perlu dihukum, sebaliknya mereka memerlukan rawatan. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai mengubah persepsi terhadap penagih dadah di negara ini supaya tidak dilihat sebagai pesalah yang perlu dihukum, sebaliknya mereka memerlukan rawatan.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata, kebanyakan pesakit tersebut menggunakan dadah sebagai satu jalan untuk melupakan tekanan sama ada fizikal atau mental.
Ujarnya lagi, terdapat pesakit yang berdepan dengan masalah mental kronik seperti schizophrenia.
"Rekod daripada suku pertama tahun lepas menunjukkan 107,781 pesakit yang direkodkan. Satu peratus daripada jumlah ini adalah mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, 30 peratus pesakit pula bekerja dalam sektor swasta.
"Tidak kisah mereka ini datang dari sektor mana sekalipun, mereka tetap manusia biasa yang tidak terlepas daripada tekanan hidup," katanya di Facebook pada Sabtu.
Justeru, beliau berpandangan masyarakat perlu mengubah pemikiran kepada merawat dari menghukum.
"Kita perlu melihat mereka sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan sokongan bukan menganggap mereka sebagai seorang pesalah sama seperti penjenayah melakukan jenayah berat.
"Antara sebab penggunaan dadah sebenarnya adalah kemiskinan, kemurungan, masalah keluarga dan paling teruk adalah rasa keseorangan," ujarnya.
Syed Saddiq berharap sekiranya terdapat seseorang yang rapat berdepan dengan masalah dadah, maka masyarakat perlu bertindak sebagai sahabat, keluarga dan rakan sekerja untuk menjadi sistem sokongan serta memberikan sokongan agar mereka pulih.
Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu memandang lebih jauh mengenai isu tersebut selain tidak bersifat skeptikal terhadap pesakit kerana mereka juga pesakit yang memerlukan rawatan seperti individu normal lain.
"Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan supaya penggubalan akta yang berkaitan boleh dibuat.
"Dari orang awam hingga ke pembuat dasar, kita semua ada peranan penting untuk dimainkan. Merawat lebih baik dari sekadar menghukum," jelas beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#ubah persepsi
#penagih dadah
#masalah mental kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan