awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
12/06/2024
01:46 MYT
Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM
SPRM berkata, tidak timbul isu pihak penguat kuasa campur tangan atau berniat menghalang hak awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan yang dilemparkan oleh peguam-peguam dalam satu sidang media yang dianjurkan Lawyers of Liberty (LFL) berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana sebuah Perbadanan Pengurusan Bersama (JMC).
SPRM juga dalam satu kenyataan berkata, tidak timbul isu pihak penguat kuasa campur tangan atau berniat menghalang hak awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang (interference with the right of the public to legal representation), seperti yang didakwa oleh LFL.
“Berhubung kes berkenaan, SPRM telah menerima aduan pada sekitar penghujung Mei 2024 daripada penduduk di sebuah kawasan di Damansara bahawa dana kutipan pengurusan dan penyelenggaraan oleh pihak JMC itu dipercayai telah diseleweng.
“Hasil siasatan awal mendapati ada asas disyaki berlakunya perkara tersebut berdasarkan laporan berkaitan kos guaman oleh pihak JMC berkenaan yang tidak diisytiharkan sepenuhnya.
“Sehubungan itu, SPRM telah melancarkan satu operasi pada 4 Jun 2024 yang mana pihak yang disyaki terlibat telah ditahan dan direman bagi maksud siasatan kerana dia merupakan antara suspek utama,” jelas SPRM.
Menurut SPRM, fokus siasatan adalah di bawah Akta SPRM 2009 serta pecah amanah dan bukannya untuk mendapatkan maklumat daripada anak guam.
SPRM juga berpandangan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang sedang disiasat adalah tidak berasas dan seolah-olah bertujuan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Kedua-dua peguam iaitu Lai Chee Hoe dan Irwin Lo dalam sidang media anjuran LFL pada Selasa mendakwa mereka disiasat atas kapasiti sebagai peguam jawatankuasa pengurusan bangunan dalam kes pengurusan strata. Lai berkata, dia direman SPRM selama tiga hari bermula 6 Jun lalu. Dia mendakwa pegawai penyiasat SPRM memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan ke atas ahli jawatankuasa pengurusan itu dan dia ditahan kerana mewakili jawatankuasa terbabit dalam saman sivilnya. Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dua peguam terbabit yang dikatakannya memfitnah agensi antirasuah itu dalam sidang media. Azam mengesahkan Lai ditahan dan direman sebagai sebahagian siasatan kes itu, manakala keterangan Lo diambil untuk membantu siasatan. Menurutnya, siasatan mereka ke atas akaun pengurusan dan penyelenggaraan yang diselenggara jawatankuasa itu serta tiada kaitan dengan kapasiti dua peguam terbabit bagi mana-mana anak guam.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Lai Chee Hoe
#Irwin Lo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan