[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning hari ini

Astro Awani 11/04/2025 | 23:45 MYT
PRK DUN Ayer Kuning bakal diadakan pada 26 April ini berikutan kematian penyandang Allahyarham Ishsam Shahruddin pada Febuari lepas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hari ini akan berlangsung proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Proses akan berlangsung Dewan Merdeka di Tapah, Perak.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, sebelum ini berkata, bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari jam 9 hingga 10 pagi kepada pegawai pengurus di pusat penamaan calon berkenaan.
PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.
SPR menetapkan hari pengundian pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.
Bagi PRK itu, Setiausaha UMNO bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN.
Manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abdul Muhaimin Malek, pula diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya tersebut.
#PRK Ayer Kuning #penamaan calon #SPR #Ishsam Shahruddin