PUTRAJAYA: Penambahbaikan infrastruktur kamera litar tertutup (CCTV) di fasiliti awam dan pelaksanaan kursus pencegahan gangguan seksual adalah antara pelan tindakan yang terkandung dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata garis panduan itu merangkumi dua pelan tindakan iaitu program advokasi bagi pencegahan gangguan seksual dan advokasi bagi kesedaran gangguan seksual.
“Ia merangkumi cadangan dan langkah bersesuaian yang perlu diambil bagi meningkatkan pencegahan terhadap gangguan seksual seperti di tempat kerja, pengangkutan awam, fasiliti pendidikan serta pusat jagaan kanak-kanak,” katanya ketika berucap merasmikan Jerayawara Program AAGS di sini, pada Isnin.
Beliau berkata elemen kesedaran pula meliputi program bagi meningkatkan pemahaman dalam kalangan masyarakat terutama mengenai perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual dan tindakan yang boleh diambil berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) adalah manifestasi kerajaan bahawa kesalahan itu merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia.
Akta 840 diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022 serta dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 28 Mac lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula berharap program advokasi itu memfokus kepada penggunaan garis panduan berkaitan antigangguan seksual di organisasi kerajaan serta swasta bagi menyediakan persekitaran yang selamat bukan hanya untuk wanita tetapi juga lelaki.
Beliau berkata KPWKM, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, akan melaksanakan program itu di premis awam dan tempat kerja di peringkat komuniti sepanjang 2023 di seluruh negara.
Sementara itu, Ahmad Zahid menyarankan agar Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil langkah susulan ekoran keengganan penyedia perkhidmatan Telegram memberi kerjasama kepada kerajaan bagi mencari penyelesaian berhubung isu keselamatan siber.
Beliau berkata walaupun penggunaan Telegram tidak meluas seperti aplikasi lain di Malaysia namun kandungan yang berbaur negatif akan memberi kesan kepada rakyat.
“Negara kita mempunyai sistem, biarpun kita mempunyai perjanjian atau protokol untuk melayani semua saluran media namun perkara yang bukan sahaja (menyentuh) soal perundangan tetapi bahan yang terkandung dan tersebar di dalamnya harus dilakukan pencegahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program AAGS.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata pihak Telegram masih gagal untuk bertemu serta bekerjasama dengan pihak berkuasa walaupun sudah beberapa kali dipanggil pada tahun ini selepas pihaknya menerima banyak aduan berhubung salah guna platform itu termasuk yang melibatkan penipuan dalam talian.
Bernama
Mon May 29 2023

Ahmad Zahid berkata garis panduan itu merangkumi dua pelan tindakan iaitu program advokasi bagi pencegahan gangguan seksual dan advokasi bagi kesedaran gangguan seksual. - Gambar fail/Sinar Harian

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.
Malaysia cipta sejarah rangkul emas acara ekuestrian
Malaysia cipta sejarah apabila rangkul emas kali pertama bagi acara ekuestrian.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad skuasy wanita bertemu Korea Selatan di separuh akhir
Pasukan skuasy wanita negara, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, akan berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan esok.

Hampir lapan tahun dayung bot, wanita Orang Asli terharu dikurnia enjin bot oleh Sultan Johor
Sultan Johor sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli dalam meringankan beban mereka.

Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa
Satu lagi tindakan rejim Israel yang bertujuan mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Maghribi dipilih sebulat suara tuan rumah AFCON 2025
Maghribi dipilih sebulat suara sebagai tuan rumah edisi ke-35 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON 2025), pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Jangan normalisasi perilaku ada unsur gangguan seksual - Nancy Shukri
Nancy berkata tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual sama ada secara terang-terangan atau jenaka.

KPM lancar garis panduan tangani kes buli, gangguan seksual
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual.

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Kes gangguan seksual dalam talian semakin meningkat - KPWKM
Mangsa gangguan seksual dalam talian atau alam maya digesa agar membuat laporan kepada pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Aiman Athirah Sabu.

Jangan malu, takut lapor kes gangguan seksual - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan gangguan seksual supaya tampil atau membuat laporan.

Lebih 90 peratus kes buli, gangguan seksual selesai dalam tempoh 15 hari
KPM juga sedang memuktamadkan garis panduan dan Peraturan Disiplin Murid yang baharu dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kes Ebit Lew: Sistem perisian gagal kenal pasti mesej dipadam
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu mahkamah sistem perisian XRY yang digunakan untuk memproses analisis telefon bimbit gagal mengenal pasti mana-mana data yang dipadamkan daripada barang kes.

Scam dan gangguan seksual, pelakon Zara Zya buat laporan polis
Pelakon Zara Zya tampil membuat laporan polis terhadap dua individu berkaitan dengan kes penipuan dan gangguan seksual, baru-baru ini.

Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.

Dituduh buat gangguan seksual, Faizal Azumu buat laporan polis
Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan dirinya membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.