awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penambahbaikan pengangkutan awam berjaya atasi kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2013
15:13 MYT
Penambahbaikan pengangkutan awam berjaya atasi kemalangan
Penambahbaikan pembinaan pengangkutan awam termasuk bas sejak lima tahun lalu berjaya meningkatkan tahap keselamatan penumpang.
Faktor berkenaan dikatakan menyumbang kepada kemalangan sifar bas ekspres sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Solah Mat Hassan penambahbaik dilaksanakan dengan tumpuan bahagian bumbung serta kerusi penumpang.
Jelasnya, bas ekspres yang dibina selepas tahun 2012 mempunyai tahap dan sistem keselamatan lebih tinggi.
Bagi menjamin keselamatan penumpang, JPJ menugaskan anggota dan pegawai yang menyamar sebagai penumpang di 32 terminal bas utama seluruh negara.
Malah kata Solah, operasi pemeriksaan turut disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta polis cawangan Narkotik bagi memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah.
Sepanjang operasi dari 3 hingga 9 Februari itu, lima pemandu bas ekspres dikesan positif dadah.
Melalui penyamaran pula, 46 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan pemandu bas menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di garisan berkembar.
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#JPJ
#Solah Mat Hassan
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan