MALAYSIA
Penambahbaikan Skim ATM tepat pada masanya - Timbalan Panglima Tentera Darat
Selari dengan peredaran masa, pihak tentera turut memerlukan pegawai dan anggota yang pakar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi siber. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Pengumuman pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh perkhidmatan awam termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, tepat pada masanya dan disambut baik oleh ATM.
Ringkasan AI
Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata perluasan Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kepada anggota lain-lain pangkat iaitu Sarjan Setaraf (Gred Z4) dan Staf Sarjan Setaraf (Gred Z5) seperti yang diumumkan, dapat memotivasikan warga tentera untuk terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.
"Pada saya ia merupakan suatu yang positif kerana dengan adanya 'performance based' ini, kita boleh menggunakan ia sebagai kayu ukur untuk menentukan setiap orang akan berusaha untuk mencapai satu tahap yang dikendaki," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) Siri Dua/2025 di Jambatan Angkat di sini hari ini.
Tengku Muhammad Fauzi berkata selain itu perluasan tujuh kelayakan masuk bagi pelbagai Skim Perkhidmatan Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM Gred Z1 (Tugas Khusus) juga tepat pasa masanya memandangkan kepakaran yang diperlukan bagi warga tentera kini tidak lagi bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata.
Beliau berkata selari dengan peredaran masa, pihak tentera memerlukan pegawai dan anggota yang pakar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi siber.
"Dahulu mungkin (tentera) menggunakan banyak kudrat tetapi sekarang ini dengan teknologi dan sebagainya keluar pelbagai konsep, ada yang memerlukan seseorang yang pakar dalam media sosial kerana mereka ini yang melaksanakan perperangan informasi," katanya.
Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025 semalam, Anwar mengumumkan pelbagai inisiatif baharu bagi memperkukuh perkhidmatan awam termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) serta peruntukan dana bagi memperkasa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Beliau berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan penjawat awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri mengumumkan penambahbaikan skim ATM termasuk perluasan Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kepada anggota lain-lain pangkat bagi meningkatkan motivasi dan prestasi.
- Perluasan kelayakan masuk bagi Skim Perkhidmatan Askar-Lasykar Gred Z1 dianggap tepat kerana keperluan kepakaran tentera kini merangkumi bidang teknologi dan peperangan informasi.
- Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh profesionalisme dan kebajikan penjawat awam serta menjamin pelaksanaan agenda pembangunan negara secara berkesan.