awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penanaman semula pokok di Gunung Brinchang kembalikan haiwan ke habitat

Bernama
Bernama
05/09/2024
04:40 MYT
Penanaman semula pokok di Gunung Brinchang kembalikan haiwan ke habitat
Projek Penanaman Semula Pokok di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang yang disertai kira-kira 40 pelajar Sekolah Kebangsaan Brinchang. - Foto BERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Penanaman semula pokok di kawasan Gunung Brinchang di sini sejak 15 tahun lepas membuahkan hasil apabila spesies haiwan liar atau jarang jumpa kembali tinggal di kawasan itu.
Presiden Persa-tuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) A. Dilip Martin berkata beberapa spesies haiwan yang jarang ditemukan seperti Asian Golden Cat, Yellow-Throated Marten dan Leopard Cat muncul di habitat berkenaan pada Ogos lepas.
"Kebanyakan pokok yang ditanam ini mempunyai fungsinya terutama pokok Geruk dan pokok Eugenia ... kita mahu burung, kumbang dan lain-lain spesies kembali semula ke kawasan ini sebab itu kita tanam balik pokok yang sama dan kita tidak perkenal pokok baharu.
"Selain itu, terdapat juga burung yang datang ... dan (burung) singgah serta akan berhijrah ke tempat lain sebab kita ada tanam beberapa jenis pokok buah seperti berry dan jambu, sekurang-kurangnya (burung) singgah dan makan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Projek Penanaman Semula Pokok di Pusat Biodiversiti Reach di Gunung Brinchang yang disertai kira-kira 40 pelajar Sekolah Kebangsaan Brinchang semalam.
Dilip berkata pemilihan kawasan penanaman berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan kira-kira enam hektar kawasan itu telah diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan hutan di Gunung Brinchang gondol.
"Hampir 12 hingga 14 tahun kita telah buat penanaman semula pokok ... kebanyakan pokok yang kita tanam tumbuh dan umur pokok di sini ialah 10 hingga 12 tahun," katanya.
Beliau berkata setakat ini pihaknya berjaya memulihara kira-kira 2.8 ekar kawasan itu iaitu kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan kawasan yang telah ditarah.
Sementara itu, mengenai Projek Penanaman Semula Pokok di Pusat Biodiversiti Reach Gunung Brinchang ialah hasil sumbangan Yayasan Sime Darby.
"Mereka memberi peruntukan untuk dua tahun iaitu bermula Mei 2024 hingga 2026 jadi program ini selama dua tahun dan kita akan tanam sebanyak 20,000 pokok.
"Kita memberi peluang kepada pelajar sekolah di Cameron Highlands ini termasuk sekolah Orang Asli untuk bersama-sama menanam pokok dan 26 sekolah telah pun memulakan projek ini pada Mei lepas," katanya.
Beliau berkata setakat ini pihaknya sudah menanam lebih 2,800 anak pokok yang dibeli dari perkampungan Orang Asli dan usaha itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pentingnya memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Brinchang
#penanaman semula pokok
#haiwan liar
#Pusat Biodiversiti Reach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan