awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu

Bernama
Bernama
08/12/2023
21:40 MYT
Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Penumpang menikmati pemandangan indah pada majlis pra pelancaran “Penang Bridge Sunset Cruise” pada Jumaat. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Penang Port Sdn Bhd merancang untuk menyewa salah satu ferinya kepada syarikat atau individu yang berminat sebagai usahanya bagi menjana aliran pendapatan baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sasedharan Vasudevan berkata syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat untuk mengadakan acara-acara persendirian.
"Ramai pihak yang bercakap dengan kami dan menunjukkan minat mereka untuk menyewa feri," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Bufet Sunset Cruise Jambatan Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Tambahnya, pengendali pelabuhan itu kini mempunyai empat feri, dan hanya satu daripadanya akan dibuka untuk aktiviti penyewaan.
Dua feri lagi digunakan untuk operasi harian bagi membawa pejalan kaki dan kenderaan dua roda pada waktu bukan puncak, manakala feri ketiga akan digunakan pada waktu puncak.
Mengulas mengenai Bufet Sunset Cruise Jambatan Pulau Pinang, beliau berkata perkhidmatan itu akan bermula pada 16 Dis dan boleh menampung sehingga 100 orang bagi setiap pelayaran.
"Untuk perkhidmatan ini, Restoran Sea Queen menyewa feri kami setiap Sabtu dan Ahad bagi tujuan Bufet Sunset Cruise pada harga RM148 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak.
"Ini adalah sesuatu yang berbeza, dan sasarannya adalah untuk mengadakan 80 hingga 100 pelayaran pada tahun pertama," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri
#penang port
#pendapatan baharu
#sewa feri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan