Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.
"Saya terima kritikan ini (kerana kita memang) nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.
"Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low (ahli perniagaan Low Taek Jho), tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran FundMyHome.com, satu platform digital pembelian rumah menerusi skim pendanaan awam hartanah.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilapor berkata mana-mana peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN, sebagai usaha kerajaan meringankan bebanan rakyat.
Bagaimanapun, Lim pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lepas mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Penangguhan bayaran balik pinjaman (PTPTN) seperti dijanji Pakatan Harapan sukar direalisasikan berikutan kedudukan fiskal negara. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Penangguhan bayaran balik PTPTN sukar dilaksanakan - Guan Eng
Beliau akui kerajaan dihujani kritikan, selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.
Pakatan Harapan umum pembaharuan fiskal 100 hari pertama jika menang
Pakatan Harapan umum akan membuat pembaharuan fiskal untuk 100 hari pertama jika menang Pilihan Raya Umum ke-14.
GST penyelamat kedudukan fiskal negara, kata penyokong kerajaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah penyelamat kepada kedudukan fiskal negara di tengah-tengah kelembapan ekonomi dunia, kata penyokong kerajaan.