awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan haji 2021: Syarat wajib istito'ah hikmah untuk jemaah

Bernama
Bernama
15/06/2021
08:44 MYT
Penangguhan haji 2021: Syarat wajib istito'ah hikmah untuk jemaah
Penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Penangguhan ibadat haji tahun ini perlu dilihat kepada syarat wajibnya iaitu syarat berkemampuan atau istito'ah termasuk dari segi kesihatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Anisah Abdul Ghani.
Beliau berkata hal berkaitan istito'ah ini seringkali diingatkan kepada jemaah, malah menjadi antara 17 resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-37 yang dihasilkan sebagai panduan sebelum dan ketika menunaikan ibadat haji di musim wabak seperti COVID-19.
"Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan di dunia ini pasti akan memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sekiranya kita bersyukur dan bersabar," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Anisah berkata seseorang itu tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak mampu dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota (4K) untuk menunaikan ibadat haji.
Beliau mengakui penangguhan ibadat haji pada kali ini bagi tahun kedua berturut-turut adalah ujian berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#Penangguhan
#syarat wajib
#berkemampuan
#istito'ah
#JAKIM
#COVID-19
#Anisah Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan