awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan janji Pakatan Harapan lindungi integriti bajet

Bernama
Bernama
02/06/2018
20:40 MYT
Penangguhan janji Pakatan Harapan lindungi integriti bajet
Ramon berkata penangguhan janji-janji itu dan projek serta program lain perlu disambut baik oleh orang ramai yang prihatin dan bertanggungjawab. - Gambar fail
Penangguhan pelaksanaan lima janji-janji manifesto Pakatan Harapan (PH) akan melindungi integriti defisit bajet dan mengawalnya kepada sasaran 2.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata bajet perlu dilaksanakan secara pragmatik bagi mencerminkan realiti semasa ekonomi dan kewangan yang termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan berkadar sifar yang mengurangkan hasil bajet.
"Pengurusan hutang akan semakin bertambah baik dengan penangguhan lima janji-janji ini.
"Anggaran hutang RM1 trilion kini akan lebih mudah diuruskan mengikut standard kewangan antarabangsa, termasuk Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa," katanya.
Pada Khamis, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan lima inisiatif yang terkandung dalam manifesto pilihan raya '10 janji dalam tempoh 100 hari' sehingga keadaan kewangan negara pulih.
Ini termasuklah subsidi petrol bagi kereta di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc, sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada suri rumah dan menaikkan gaji minimum.
Turut ditangguhkan adalah rancangan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi lepasan ijazah yang memperoleh pendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pengembangan Skim Peduli Sihat di seluruh negara, yang menawarkan rawatan asas bernilai RM500 di klinik swasta berdaftar bagi isi rumah pendapatan terendah 40 peratus (B40).
Ramon berkata penangguhan janji-janji itu dan projek serta program lain perlu disambut baik oleh orang ramai yang prihatin dan bertanggungjawab.
Beliau berkata orang ramai menyambut baik ketelusan dalam pembentangan perubahan terbaharu bajet oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Beliau menyatakan perubahan baharu bajet itu akan membawa impak hasil bersih RM6.6 juta dan impak perbelanjaan bersih RM 6.3 juta. Oleh itu, impak keseluruhan bajet bersih akan menjadi baki positif RM300,000," katanya.
Menurutnya, pengumuman itu amat dipuji kerana orang ramai dimaklumkan pada masa yang tepat tanpa sebarang penangguhan dalam tempoh yang lama seperti sebelum ini.
"Kami berharap Pakatan Harapan akan mengguna pakai standard ketelusan dan pragmatik yang tinggi ini bagi cadangan bajet masa depan - mengenai operasi, perbelanjaan pembangunan dan pengurusan hutang yang serius - secara berterusan dan berkekalan pada masa depan, demi kebaikan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#100 hari
#asli
#bajet
#cukai
#ekonomi
#GST
#hasil
#integriti
#janji
#KDNK
#kewangan
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#pelaksanaan
#pilihan raya
#Ramon Navaratnam
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan