IPOH: Penantian untuk mendapatkan suntikan vaksin berakhir hari ini, apabila 123 pengamal media Perak daripada pelbagai agensi menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Rata-rata media yang menerima notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera pada Khamis, kebanyakannya menerima suntikan itu di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.
Antaranya di PPV Stadium Indera Mulia, PPV Dewan Bandaran Batu Gajah, PPV Dewan Serbaguna Perumahan Penjawat Awam Lumut Kiri, Manjung serta di Dewan Millenium Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.
Pelaksanaan suntikan vaksin berjalan lancar dengan bantuan petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV berkenaan.
Kebanyakan pengamal media menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Pengamal media yang ditemui juga melahirkan rasa lega dan gembira kerana suara mereka akhirnya mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan.
Ketua Biro Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad ketika ditemui berkata peluang yang diterima ini sedikit sebanyak memberi semangat baharu dan keyakinan untuk media menjalankan tugas hakiki di lapangan.
"Terima kasih kepada pihak yang berkenaan, ia lebih memudahkan tugas kami selepas ini untuk bekerja membuat liputan atau berita berkaitan dengan COVID-19, khususnya di negeri ini.
"Selama ini kita (media) bersama-sama dengan petugas barisan hadapan merakam pelbagai detik bersejarah berkaitan dengan perkembangan COVID-19 di Perak.
"Begitu juga membantu kerajaan mempromosikan vaksinasi untuk rakyat Malaysia. Apa yang kita dapat hari ini merupakan satu perjuangan yang sudah lama ditunggu dari fasa pertama hingga sekarang," katanya selepas menerima suntikan vaksin dos pertama di PPV Stadium Indera Mulia, di sini pada Jumaat.
Seorang lagi wartawan dari The China Press, Lee Li Lee, turut mempunyai pendapat yang sama selain berkongsi kegembiraan dengan rakan media lain.
"Saya selalu keluar ke lapangan untuk mendapatkan berita, sememangnya akan bertemu dengan ramai orang, di samping perlu menemu ramah mereka.
"Ketika itu masih belum ada sebarang berita untuk suntikan pengamal media, jadi perasaan itu agak risau dan takut. Sekarang rasa lebih yakin bila perlu ke lapangan.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak kerana memberi ruang dan peluang untuk pengamal media mendapatkan suntikan vaksin," katanya.
Pada Khamis, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan, 123 petugas media yang berada dalam senarainya akan menerima notifikasi janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19 hari ini.
Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya sudah menerima senarai nama berkenaan untuk ditetapkan tarikh janji temu pemberian vaksin.
Aida Aziz
Fri Jun 11 2021
Penantian untuk mendapatkan suntikan vaksin berakhir hari ini, apabila 123 pengamal media Perak daripada pelbagai agensi menerima dos pertama vaksin COVID-19. - Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.
Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.
Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.
Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.
Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.