MALAYSIA
Penarafan global alat perbandingan, bukan pengganti misi pendidikan - Pakar akademik
Kegagalan sebenar berlaku apabila universiti mengejar metrik secara kosmetik atau mengabaikan kualiti sebenar pengajaran dan pembelajaran. - Gambar hiasan/Adobe Stock
PUTRAJAYA: Cadangan supaya universiti di Malaysia meninggalkan sistem penarafan universiti global atas alasan ia bersifat komersial dan berorientasikan keuntungan disifatkan sebagai pandangan simplistik serta berisiko mengelirukan hala tuju dasar pendidikan tinggi negara.
Profesor Fakulti Pengajian Pendidikan dan Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ismi Arif Ismail berkata kritikan terhadap sistem penarafan antarabangsa wajar diberi perhatian, namun penolakan secara menyeluruh tanpa membezakan fungsi serta cara penarafan dimanfaatkan merupakan kesimpulan yang terburu-buru.
"Isu sebenar bukan kewujudan penarafan universiti global, tetapi bagaimana universiti dan pembuat dasar mentafsir, mengurus serta memanfaatkannya. Banyak kelemahan yang dikaitkan dengan penarafan berpunca daripada tadbir urus dalaman institusi itu sendiri," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas dakwaan seorang cendekiawan bebas yang menyifatkan institusi di Malaysia menyertai sistem ranking secara membuta tuli dan hanya menguntungkan pihak tertentu.
Menurut Ismi Arif, hujah bahawa penarafan universiti "hanya mencari untung" perlu dilihat secara seimbang kerana banyak mekanisme profesional lain seperti akreditasi dan audit kualiti juga melibatkan kos, namun tidak pula ditolak secara menyeluruh.
Beliau berkata penarafan universiti global bukan bertujuan menggantikan misi pendidikan, sebaliknya berfungsi sebagai instrumen perbandingan bagi menilai prestasi relatif universiti dalam ekosistem pendidikan tinggi global yang semakin kompetitif.
Indikator seperti kualiti pengajaran, hasil penyelidikan, sitasi, kebolehpasaran graduan dan jaringan antarabangsa, katanya, selari dengan keutamaan dasar pendidikan tinggi negara.
"Kegagalan sebenar berlaku apabila universiti mengejar metrik secara kosmetik atau mengabaikan kualiti sebenar pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah isu kepimpinan serta tadbir urus, bukan kesalahan sistem penarafan," katanya.
Beliau turut berkata penarafan antarabangsa membantu memperkukuh budaya akauntabiliti apabila universiti perlu melaporkan data yang konsisten, boleh diaudit dan boleh dibandingkan di peringkat global.
"Tanpa penilaian luaran, universiti berisiko beroperasi dalam zon selesa. Ketelusan dan kebolehbandingan penting untuk mengekalkan kepercayaan awam," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata cadangan supaya Malaysia meninggalkan sistem penarafan universiti antarabangsa perlu dibincangkan secara rasional dan berimbang.
Beliau berkata penyertaan institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia dalam sistem ranking bukan bersifat membuta tuli, sebaliknya sebahagian daripada ekosistem pendidikan tinggi global yang dimanfaatkan secara berhemah dan terkawal.
"Penarafan universiti tidak pernah dijadikan matlamat muktamad, sebaliknya penanda aras untuk penambahbaikan berterusan, meningkatkan keterlihatan serta membuka ruang kolaborasi antarabangsa," katanya.
Ahmad Martadha berkata pendirian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah jelas iaitu mengiktiraf peranan ranking, namun menolak ketaasuban terhadap angka dan kedudukan semata-mata.
Beliau berkata penegasan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir agar sistem pendidikan tinggi tidak dikuasai sepenuhnya oleh ranking menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap kelemahan sistem penarafan global.
"Perbahasan sebenar bukan soal meninggalkan ranking sepenuhnya, tetapi bagaimana memastikan ranking tidak menelan roh universiti," katanya.
-- BERNAMA