KUALA LUMPUR: Penari cilik dari Sabah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga pingat emas di pentas akhir Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague, Republik Czech.
Para pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya menambat hati para juri dengan persembahan memukau, sekali gus membawa pulang dua pingat perak dan dua pingat gangsa menerusi pertandingan tarian antarabangsa bagi semua kategori yang diadakan di Pusat Kongres Prague.
Tahun ini, seramai 27 pelajar dari Malaysia berusia 11 dan 12 tahun bersaing dengan 3,750 penari dari 67 negara di pentas akhir DWC yang berlangsung dari 27 Jun hingga 6 Julai.
SK Mutiara menggondol pingat emas dalam kategori Solo Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak, manakala SK Sri Gaya merangkul emas dalam kategori Kumpulan Kecil Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak.
SK St Agnes turut menyumbang pingat emas dalam kategori Duet/Trio Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak.
Selain itu, SK Mutiara turut memenangi pingat perak dalam kategori Duet Kanak-Kanak/Trio Kebangsaan dan Budaya Rakyat, Kategori Kanak-Kanak Kumpulan Kecil Kebangsaan dan Budaya Rakyat (gangsa) serta kategori Budaya Rakyat Kebangsaan (Lelaki) Kanak-kanak Solo (gangsa). SK St Agnes juga menggondol pingat perak dalam kategori Solo Kebangsaan dan Budaya Rakyat.
Guru-guru dan ibu bapa berbangga dengan pencapaian kali ini kerana mereka bekerjasama mengumpul dana bagi menghantar penari berbakat itu ke Prague bagi memenuhi impian mereka bertanding di pentas akhir DWC - Olimpik Tarian.
Ketua rombongan, Masdi Ahmad Mus berkata kerja keras para pelajar dan guru selama beberapa bulan akhirnya membuahkan hasil apabila mereka cemerlang di pentas antarabangsa.
"Semua penari berlatih setiap hari demi kejohanan kali ini. Mereka telah membuat persiapan rapi untuk memberikan persembahan yang terbaik.
"Kami sangat gembira dan bersyukur atas kemenangan tiga pingat emas di DWC World Finals. Semua pengorbanan dan usaha guru serta pelajar akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia," katanya kepada Bernama.
Masdi, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum di SK Mutiara berkata ibu bapa dan guru terlibat secara aktif dalam persiapan sejak Mac, selepas berjaya mewakili Malaysia dengan memenangi pemilihan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Bagi SK Mutiara, seramai lapan pelajar diiringi lapan guru memerlukan kira-kira RM300,000 untuk menampung semua perbelanjaan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makanan.
Sokongan dari ahli politik dan pemimpin komuniti, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu terbukti penting dalam merealisasikan impian pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa apabila mereka berjaya mengumpulkan RM235,000.
"Kami terpaksa menanggung hutang untuk ke Tarian Piala Dunia. Apabila kembali ke Sabah nanti, kami akan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk jualan untuk mengutip dana bagi membayar hutang," katanya.
Ini adalah penyertaan kedua SK Mutiara di pentas akhir DWC. Mereka pernah memenangi pingat emas pada 2019.
Sementara itu, guru dari SK Bundu Katres Kuntiw, berkata tahun ini dua penari dari sekolah itu layak ke pentas akhir DWC tetapi hanya seorang yang diterbangkan ke Prague kerana kekangan kewangan.
"Kami mengutip dana dari wakil rakyat dan orang ramai. Berikutan dana tidak mencukupi untuk menampung dua penari, maka hanya seorang penari diterbangkan ke Prague.
"Tahun lepas, penari dari SK Bundu juga layak ke DWC World Finals di Portugal. Akibat tiada dana, kami terpaksa melepaskan peluang beraksi di pentas antarabangsa. Tahun ini, kami gigih mengumpul dana untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang penari ke Prague," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Seorang penari muda yang mewakili SK Bundu mempersembahkan tarian tradisional Murut menerusi kategori Solo Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak, menduduki tempat kelima. Pelajar Tahun 6, Pearl Cassandra Traver Ingging hampir memenangi pingat gangsa dengan perbezaan hanya 0.11 mata.
Sementara itu, Duta Malaysia ke Republik Czech, Suzilah Mohd Sidek berkata para penari cilik Malaysia sangat berbakat.
"Kami di Prague bertuah kerana berpeluang menyaksikan persembahan hebat peserta Malaysia, selain terharu dengan kemenangan mereka dalam setiap kategori yang mereka bertanding.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru mereka yang terlibat dalam mencungkil bakat, melatih dan mencari dana bagi meneruskan perjuangan mereka sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Penari cilik dari Sabah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga pingat emas di pentas akhir Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague. - Foto Sabah Media
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
Imbuhan RM10,000 kepada pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan - PM
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Lakukan yang terbaik, nikmati peluang depan mata - Welson
Welson Sim harap Khiew Hoe Yean nikmati peluang diperoleh dan elak daripada beri tekanan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
PSM sedia pertimbang tawaran ASTAF jadi tuan rumah Piala Asia
PSM sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.