awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter

Bernama
Bernama
30/05/2023
11:41 MYT
Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Gambar hiasan/Getty Image
GUA MUSANG: Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter ketika hendak mengambil madu lebah dalam hutan Kampung Meranto, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Abdullah Che Nah, 35, dikatakan pergi mencari madu lebah bersama dua rakannya pada 12.18 tengah malam tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat pokok tualang itu, lalu terjatuh di atas akar banir pokok tersebut dan tidak sedarkan diri.
"Dua rakannya kemudian pergi ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencari madu lebah maut
#terjatuh dari pokok tualang
#Kampung Meranto
#Abdullah Che Nah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan