Pencari madu maut tersangkut pokok tualang

Bernama
Julai 4, 2023 00:15 MYT
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut pada pohon tualang di Kampung Cabang Tungkat, Batu 8, pada Isnin. Gambar kecil: Zainal. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pencari madu lebah ditemukan maut selepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di Kampung Chabang Tungkak, Pasir Puteh, tengah hari semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.09 tengah hari.
Beliau berkata sebaik tiba, lelaki berusia 62 tahun itu didapati tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan.
“Lelaki itu berjaya dibawa turun pada pukul 7.20 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan semalam.
Zainal berkata mayat diserahkan kepada pihak polis pada pukul 8.12 malam untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
#pencari madu #maut #tersangkut pokok #Pasir Puteh