KUALA LUMPUR: Pencarum perlu sedar berkenaan risiko mungkir sekiranya pembiayaan menggunakan Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
"Kemudahan ini lebih berbentuk memberi akses kepada pencarum untuk mendapatkan pembiayaan dalam institusi perbankan dan wang ini dijadikan cagaran melibatkan wang persaraan mereka.
"Langkah ini memberi kelegaan kepada mereka dari segi keperluan kewangan dan wang tunai yang diperlukan. Namun terdapat risiko yang mungkin dilalui seperti risiko mungkir. Jadi, mereka juga perlu tahu risiko yang perlu mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor Bank Negara Malaysia pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini hari ini.
KWSP dalam kenyataan hari ini berkata FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional.
Ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon semasa fasa satu, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian, manakala tarikh mula fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.
Institusi itu memaklumkan dengan kemudahan berkenaan, semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun Dua KWSP.
Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun Dua KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun, kata KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional. - Gambar fail
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.
Isu pengeluaran KWSP: 'Umpama tendang tin ke jalan raya'
SPCAAM menasihati mana-mana pihak agar berhenti menyalahgunakan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP: Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi
Beliau menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP - Ahli ekonomi
"Mereka juga perlu tahu risiko yang perlu mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan."
Perlindungan SKSSR tidak meliputi kes keganasan rumah tangga
Perkeso Pulau Pinang mengakui menerima permohonan bagi mendapatkan bayaran pampasan daripada mangsa keganasan rumah tangga menerusi SKSSR.
Suntikan RM500 kepada pencarum KWSP, mampu pulih dana caruman - Ahli akademik
Mampu memulihkan semula peratusan pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah yang tidak mempunyai cukup wang apabila bersara.
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
Pengeluaran lagi akan jejaskan manfaat jangka panjang KWSP - Azfanizam
Ia akan menjejaskan pelan pelaburan jangka panjang KWSP untuk manfaat lebih besar buat pencarum di kemudian hari.
Wang caruman KWSP boleh dijadikan cagaran kepada bank - Pakar
KWSP boleh menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi meyakinkan pihak institusi perbankan untuk membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan.