MALAYSIA
Pencegahan tunjang utama bendung keganasan di sekolah - Unicef Malaysia
Gass berkata, langkah itu antara lain merangkumi pelaksanaan program pencegahan keganasan dan memperkukuh sokongan kepada ibu bapa serta penjaga.
PUTRAJAYA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menegaskan bahawa pencegahan perlu menjadi tunjang utama dalam menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak di negara ini.
Ringkasan AI
Menurut Wakil Unicef di Malaysia, Robert Gass, langkah itu merangkumi pelaksanaan program pencegahan keganasan, memperkukuh sokongan kepada ibu bapa dan penjaga, mewujudkan mekanisme pelaporan serta tindak balas yang berkesan, selain memastikan persekitaran sekolah dan komuniti kekal selamat.
“Unicef Malaysia menyuarakan kebimbangan serius susulan beberapa insiden keganasan melibatkan pelajar di sekolah, termasuk serangan seksual dan fizikal yang mengakibatkan kecederaan parah serta kehilangan nyawa.
“Unicef juga menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama dengan kerajaan, masyarakat sivil, media dan komuniti bagi memperkukuh sistem pencegahan serta tindak balas terhadap keganasan berasaskan gender dan eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Gass turut memberi amaran bahawa penyebaran video, gambar serta maklumat peribadi kanak-kanak di media sosial boleh menambahkan trauma dan mencabul hak privasi serta perlindungan mereka.
“Aspek kesihatan mental dan sokongan psikososial kepada mangsa, keluarga, rakan sebaya dan pendidik juga perlu diberikan keutamaan,” tambahnya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan beberapa insiden jenayah serius melibatkan pelajar sekolah, termasuk kes buli, rogol dan pembunuhan yang berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.
Kes terbaharu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut selepas ditikam berulang kali oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di tandas sebuah sekolah di Bandar Utama.
Sebelum itu, negara turut digemparkan dengan kes rogol bergilir-gilir melibatkan pelajar tingkatan tiga oleh empat pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka, yang turut merakam kejadian menggunakan telefon bimbit.
Ringkasan AI
- Unicef menegaskan pencegahan perlu menjadi asas utama dalam menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak, termasuk melalui program pendidikan, sokongan kepada ibu bapa, mekanisme pelaporan dan persekitaran sekolah yang selamat.
- Wakil Unicef Malaysia, Robert Gass, menyuarakan kebimbangan terhadap insiden keganasan melibatkan pelajar sekolah dan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan serta masyarakat bagi memperkukuh sistem pencegahan dan tindak balas terhadap eksploitasi seksual serta keganasan berasaskan gender.
- Unicef turut memberi amaran bahawa penyebaran maklumat peribadi kanak-kanak di media sosial boleh menambah trauma dan mencabul hak mereka, sambil menekankan keperluan sokongan psikososial kepada mangsa, keluarga dan pendidik.