Sebanyak 13 buah sekolah akan ditutup bermula 13 Mac (Rabu) susulan insiden pencemaran pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, sekolah-sekolah berhampiran Pasir Gudang itu akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Selain itu, satu Jawatankuasa Kerja telah diaktifkan bagi menangani kejadian pembuangan sisa bahan kimia di sungai tersebut.

"Mesyuarat bersetuju untuk melantik kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 km yang akan di selaraskan oleh pihak Jabatan Pengairan & Saliran dan Jabatan Alam Sekitar Negeri.

"Ini adalah lanjutan daripada kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan pada 7 dan 8 Mac 2019," katanya dalam kenyataan tersebut.

Katanya, pengaktifan jawatankuasa yang dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, bertujuan untuk menyelaraskan dan memantau kejadian tumpahan bahan kimia yang berlaku pada

Orang ramai juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala-gejala seperti sakit dada, pedih mata dan sesak nafas, selain kerap mandi dan menggunakan sumber air terawat.

Sehubungan itu, tambahnya kerjasama daripada orang ramai agar tidak mendekati kawasan itu adalah diperlukan.