awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta

Bernama
Bernama
13/10/2024
12:43 MYT
Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
H'ng Mooi Lye berkata Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk. - Bernama
NIBONG TEBAL: Dua kilang di kawasan Perindustrian Bukit Panchor, di sini yang disita pihak berkuasa bulan lepas kerana terbabit kes pencemaran bau diarah menghentikan operasi serta-merta semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye berkata Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk manakala pemiliknya diberikan amaran tegas sebelum tindakan lanjut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi itu berkata tindakan dibuat dalam operasi khas MBSP bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jawi 10.30 malam semalam.
"MBSP juga akan menyediakan laporan siasatan kepada JAS Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan pada masa sama akan menarik balik lesen perniagaan premis kilang yang tidak mematuhi syarat.
"Saya ingin menegaskan selaku ADUN Jawi, saya tidak akan bertolak ansur untuk membenarkan kilang haram dan kilang yang menimbulkan gangguan serta pencemaran bau yang membahayakan komuniti setempat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak berkuasa menerima aduan bau pembakaran plastik yang amat mengganggu penduduk Bukit Panchor dan Nibong Tebal sejak Mei dan MBSP serta JAS Pulau Pinang telah diminta membuat siasatan untuk mengenal pasti kilang terlibat.
"Setelah siasatan, JAS Pulau Pinang menyita tiga premis kilang yang mengeluarkan bau kebakaran plastik pada September lepas. Aduan masih diterima walaupun kilang-kilang berkenaan telah disita," katanya.
H'ng berkata sehubungan itu, beliau meminta supaya operasi khas dijalankan terhadap tiga kilang berkenaan dan semasa pemantauan didapati dua daripadanya masih beroperasi.
Beliau berkata satu daripada kilang itu didapati beroperasi tanpa lesen manakala satu lagi mempunyai lesen perniagaan MBSP.
"Bagi kilang yang mempunyai lesen perniagaan, MBSP telah memberi amaran tegas dan mengarahkan pengurusan kilang itu menghentikan operasi serta-merta. Kilang tanpa lesen MBSP pula dikenakan dua kompaun iaitu menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen serta kompaun mempamerkan iklan tanpa lesen selain turut diarahkan menghentikan operasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang
#pencemaran bau
#henti operasi
#mbsp
#gangguan kepada penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan