awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba

Bernama
Bernama
03/09/2024
09:00 MYT
Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba
Ling (kiri) mendengar penerangan daripada Komander Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Johor, Abdul Wahab Nasir. -Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor telah mengambil sampel air dan tanah di Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan di sini susulan pencemaran bau kimia yang dilaporkan berlaku di tiga kawasan di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata analisis pada peringkat awal terhadap sampel berkenaan mendapati ada kandungan bahan kimia yang belum dapat dikenal pasti jenisnya.
Beliau berkata sampel kedua bagi mengetahui kandungan dan jenis kimia berkenaan akan diambil dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Melaka dan keputusannya akan diketahui pada hari ini.
"Menerusi siasatan awal, pihak bomba mendapati di sini (Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan) merupakan tempat disyaki pencemaran berlaku berdasarkan bau yang lebih kuat.
"Oleh itu sampel air dan tanah diambil bagi analisis peringkat awal yang menunjukkan bacaan pH normal, tetapi terdapat satu kandungan bahan kimia yang belum dapat dikenal pasti.
"Justeru, kita sedang menunggu HAZMAT Melaka untuk membantu menjalankan siasatan lebih lanjut," katanya pada sidang media selepas meninjau sungai berkenaan di sini hari ini.
Ling berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor juga sedang mengesan dan mendapatkan bacaan pencemaran di kawasan terlibat dan tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang berdekatan sungai terbabit akan dijalankan setelah keputusan sampel kedua diketahui.
Beliau berkata selain kawasan Taman Daya, Taman Mount Austin dan Taman Istimewa, pencemaran bau kini turut melibatkan kawasan Kampung Melayu Pandan.
Kejadian pencemaran itu, katanya setakat ini tidak melibatkan sebarang mangsa namun sebuah tadika dan sekolah agama di Kampung Melayu Pandan yang terletak berhampiran sungai berkenaan telah diarahkan tutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Ling turut menasihati penduduk supaya memakai pelitup muka dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang gejala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran bau kimia
#sungai pandan
#bomba Johor
#sampel air
#Ling Tian Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan