Pencemaran bau: LRA Rantau Panjang beroperasi semula

Astro Awani
November 18, 2020 15:41 MYT
LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam tadi selepas dihentikan kira-kira dua jam kerana laporan pencemaran bau seakan pelarut di muka sauk loji itu.
Dalam satu kenyataan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, keputusan itu diambil selepas bacaan bau merekodkan 0 ton.
"Dalam masa yang sama, LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam sebentar tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Lagi pencemaran bau, LRA Rantau Panjang dihenti operasi
Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.
Terdahulu, LUAS menerima laporan daripada Air Selangor berkenaan pencemaran bau seakan pelarut dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada jam 7 malam Rabu.

{SUSULAN PERKEMBANGAN} Siasatan masih lagi dijalankan berkenaan pencemaran bau yang dilaporkan sebelum ini. Dalam masa yang sama, LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 9.30 malam sebentar tadi selepas bacaan bau 0 ton direkodkan.

— lembagaurusairsgor (@luas_selangor) November 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pencemaran #pencemaran bau #loji rawatan air #Rantau Panjang #henti tugas #Air Selangor #LUAS #LRA Rantau Panjang #bekalan air #Lembah Klang