Pencemaran: Dua insiden lori terbalik akibatkan tumpahan bahan industri di Kedah

Pihak industri dan syarikat pengangkut diingatkan agar mempunyai senarai kontraktor pembersihan yang boleh dihubungi supaya tindakan pembersihan tumpahan bahan industri boleh dilakukan dengan kadar segera. - Foto JAS Kedah
ALOR SETAR: Dua insiden kemalangan berasingan melibatkan lori pengangkut telah menyebabkan berlaku tumpahan bahan industri ke persekitaran, di dua lokasi berbeza di Kedah, pada 7 Nov lalu.
Ringkasan AI
- Kemalangan lori pengangkut menyebabkan tumpahan bahan industri di dua lokasi berbeza di Kedah pada 7 Nov lalu, yang melibatkan muatan cat dan Palm Oil Mill Effluent (POME).
- Pihak syarikat pengangkut diarah menyediakan langkah kawalan awal dan pembersihan segera bagi mengelakkan tumpahan bahan kimia memasuki sistem perparitan awam.
- Pengarah JAS Kedah menekankan perlunya prosedur operasi standard bagi industri dan pengangkut serta senarai kontraktor pembersihan yang boleh dihubungi dalam kes insiden tumpahan bahan industri.
“Pihak industri dan pengangkut juga wajar mempunyai senarai premis yang berdaftar dengan JAS bagi membantu pengurusan dan pelupusan sisa buangan yang telah dikumpulkan,” tambahnya.
Dalam kejadian pertama pada jam 9.30 pagi, kemalangan melibatkan sebuah lori dengan muatan cat yang terbalik di Jalan Persiaran Bandar Baru Mergong, di sini,
Sharifah Zakiah berkata, arahan awal diberikan kepada syarikat pengangkut untuk menyediakan habuk kayu atau pasir bagi kerja-kerja pembersihan tumpahan cat.
“Pihak syarikat pengangkutan turut diarah untuk membuat langkah kawalan awal bagi mengelakkan tumpahan cat daripada memasuk sistem perparitan awam dengan membuat sekatan di dalam longkang di tepi jalan raya.
“Kerja-kerja pembersihan tumpahan cat dilakukan pemilik syarikat pengangkutan dan kontraktor pembersihan yang dilantik oleh pemilik syarikat pengangkutan,”
Dalam kejadian kedua, Sharifah Zakiah berkata, kemalangan melibatkan tumpahan Palm Oil Mill Effluent (POME) di Jalan Kulim Mahang, di simpang tiga Felda Gunung Bongsu jam 1.30 petang hari yang sama.
Katanya, siasatan oleh pegawai JAS menemukan tumpahan POME berlaku di atas tanah dan tiada alur air berhampiran lokasi kejadian.
“Kemalangan itu menyebabkan sebahagian air buangan POME dengan anggaran kapasiti 30 tan tersebut tumpah ke longkang bersebelahan jalan raya. Pengangkut diarah membuat pembersihan segera.
“Kontraktor yang tiba di lokasi telah mengawal tumpahan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan semburan serta menabur serbuk hampas tandan sawit kosong bagi membendung air buangan yang tumpah dari terus mengalir ke alur air berhampiran,” katanya.
Tambahnya, kedua-dua syarikat pengangkut tersebut telah diarah untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang kemudiannya selesai pada 8 Nov.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


