awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran merkuri: Lima keluarga dirujuk ke hospital buat rawatan susulan

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2016
03:10 MYT
Pencemaran merkuri: Lima keluarga dirujuk ke hospital buat rawatan susulan
Arahan pengosongan terpaksa dikeluarkan selepas hasil siasatan mendapati terdapat kesan tumpahan cecair merkuri di beberapa kawasan dalam kediaman berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Lima belas penduduk dari lima keluarga di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor di sini terpaksa dirujuk ke Hospital Kepala Batas dan Bukit Mertajam untuk rawatan susulan kediaman mereka dicemari tumpahan cecair merkuri.
Ini susulan kejadian tumpahan merkuri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu Indah, di sini baru-baru ini.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Kepala Batas, Abd Aziz Yusuff arahan pengosongan itu dibuat selepas siasatan awal menunjukkan lima rumah tersebut terdedah kepada pencemaran bahan berbahaya tersebut.
Beliau berkata Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) akan menjalankan operasi pembersihan pencemaran merkuri tersebut pada pagi ini.
“Rumah terlibat dan kami telah mmengenal pasti kawasan tercemar dan buat mengosongkan operasi pembersihan akan dilaksanakan pada esok pagi (Ahad) kerana merkuri kerana pada waktu malam sukar untuk mengesan bahan berkenaan," kata Abd Aziz.
Merkuri
Pada Khamis seramai 56 pelajar tingkatan empat SMK Guar Perahu Indah dekat Permatang Pauh terpaksa dikuarantin berikutan insiden tumpahan cecair merkuri dalam salah sebuah blok bangunan sekolah. - Gambar Astro AWANI
“Rumah tercemar tidak selamat dan kami telah mengarahkan pengosongan dan bagi individu yang tercemar telah nasihat untuk dapatkan rawatan di hospital berdekatan dan panggil pihak kesihatan buat pemeriksaan secara segera di lokasi kejadian,” tambahnya.
Beliau turut berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari salah sebuah keluarga terbabit sekitar jam 7.05 malam tadi.
Arahan pengosongan terpaksa dikeluarkan selepas hasil siasatan mendapati terdapat kesan tumpahan cecair merkuri di beberapa kawasan dalam kediaman berkenaan.
Difahamkan tumpahan tersebut berlaku petang sabtu selepas salah seorang ahli keluarga itu bermain dengan bahan kimia berkenaan yang didakwa ditemui di kawasan berhampiran.
Arahan turut dikeluarkan ke atas empat lagi keluarga yang tinggal berhampiran.
Pada Khamis seramai 56 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu Indah dekat permatang pauh terpaksa dikuarantin berikutan insiden tumpahan cecair merkuri dalam salah sebuah blok bangunan sekolah.
Enam daripada pelajar terbabit dirujuk ke hospital untuk rawatan susulan dan pemantauan.
Topic Berkaitan
#15 penduduk dari 5 keluarga di Jalan Padang Menora
#SMK Guar Perahu Indah
#Tasek Gelugor terpaksa dirujuk ke Hospital Kepala Batas dan Bukit Mertajam untuk rawatan susulan kediaman mereka dicemari tumpahan cecair merkuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan