awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim

Bernama
Bernama
25/11/2024
20:40 MYT
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Dr Joachim berkata usaha bersepadu termasuk memperkukuh dan mempertingkatkan undang-undang serta dasar berkaitan perlu dilakukan untuk menangani masalah itu secara berkesan. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Beliau berkata usaha bersepadu termasuk memperkukuh dan mempertingkatkan undang-undang serta dasar berkaitan perlu dilakukan untuk menangani masalah itu secara berkesan.
"Pencemaran plastik mengancam alam sekitar dan memberi kesan mendalam kepada setiap aspek kehidupan termasuk kesihatan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat.
"Kebimbangan terhadap peningkatan pencemaran plastik bukan sahaja menjadi isu global tetapi turut memberi kesan serius di negeri Sabah," katanya ketika berucap merasmikan Simposium No Plastic in Nature di sini pada Isnin.
Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata banyak kawasan di Sabah termasuk Gunung Kinabalu yang dahulunya bersih kini tercemar dengan sisa sampah.
"Di lautan, plastik terapung dan menyelaputi terumbu karang manakala pantai serta pulau-pulau kita dipenuhi plastik," katanya.
Beliau berkata penyelesaian terhadap pencemaran plastik memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan pihak berkepentingan lain.
Joachim turut memuji panganjuran simposium itu yang menjadi platform bagi pihak berkepentingan berkongsi maklumat, pandangan dan inisiatif berkaitan pengurusan plastik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#sektor swasta
#terumbu karang
#sisa sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan