awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sg Linggi: Pemilik premis jualan minyak bahan bakar ditahan

Bernama
Bernama
28/04/2025
14:39 MYT
Pencemaran Sg Linggi: Pemilik premis jualan minyak bahan bakar ditahan
Polis menahan pemilik premis yang menjalankan aktiviti penjualan minyak bahan bakar untuk kegunaan industri pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes pencemaran air di Loji Rawatan Air Sungai Linggi. - Foto hiasan
SEREMBAN: Polis menahan pemilik premis yang menjalankan aktiviti penjualan minyak bahan bakar untuk kegunaan industri pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes pencemaran air di Loji Rawatan Air Sungai Linggi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din dalam kenyataan berkata lelaki berusia 31 itu ditahan susulan laporan yang diterima Rabu lepas mengenai pencemaran itu.
"Kita menerima satu laporan daripada seorang pengadu merangkap Pegawai Eksekutif Pengeluaran Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang memaklumkan bahawa berlakunya pencemaran air sungai setelah mendapati ada tumpahan minyak di loji rawatan air Sungai Linggi tersebut.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel air di loji rawatan air tersebut dan membuat pengesahan bahawa air tersebut selamat digunakan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran Sg Linggi
#Polis Daerah Seremban
#polis tahan
#aktiviti penjualan minyak bahan bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan