NILAI:Insiden pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai dipercayai menggunakan modus operandi yang sama seperti tiga kes pencemaran sungai di Negeri Sembilan sebelum ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik berkata bahan pencemaran berkenaan dipercayai telah dibuang oleh pihak luar ke negeri ini.
"Ada lori datang dan buang bahan buangan tersebut ke dalam sungai dan kami sedang buat langkah-langkah seterusnya supaya bau tersebut tidak mengalir ke dalam sungai.
"Kami akan membuat pembersihan setelah pihak forensik mengambil sampel untuk dianalisa Jabatan Kimia," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Ekoran insiden berkenaan, beliau berkata kawasan berkenaan ditutup kepada orang ramai.
BACA: Sungai Batang Benar, Sungai Pajam terdedah risiko pencemaran
BACA: Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus memantau bagi mengelakkan insiden sedemikian berulang.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai telah dikenal pasti sebagai lokasi utama punca pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas.
Kementerian itu berkata sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di tapak lokasi.
Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden pencemaran di LRA itu.
Dua LRA terlibat ialah LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Longgokan sampah dapat dilihat jelas terapung pada permukaan sungai yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab ketika tinjauan di Sungai Batang Benar, Nilai hari ini. - Foto BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan awal pencemaran Sungai Batang Benar dapati ia sebatian organik Dimethyl Disulfide - Exco
Keputusan awal analisis sampel yang diambil dari lokasi punca pencemaran Sungai Batang Benar, Nilai, mendapati ia merupakan sebatian organik jenis 'Dimethyl Disulfide'.
Polis Kelantan sahkan berjaya tahan dua individu berhubung kes pencemaran Sungai Batang Benar
Individu berkenaan di tahan di rumah masing-masing di Bukit Marak, pada 6 Oktober lepas.
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
Pencemaran Sungai Batang Benar dipercayai guna modus operandi sama - Razali
Insiden pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai dipercayai menggunakan modus operandi yang sama seperti tiga kes pencemaran sungai di Negeri Sembilan sebelum ini.
Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat aktiviti pembersihan reban angsa secara besar-besaran berlaku di kawasan berhampiran sungai ini.