awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa

Bernama
Bernama
02/11/2020
14:29 MYT
Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa
Fadzil berkata kes ini adalah yang kedua didakwa bagi kesalahan mencemar air sejak JSJ Selangor diberi tanggungjawab menyiasat isu tersebut pada September lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dua pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, esok, berhubung kes pencemaran Sungai Gong, Rawang, pada awal September lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata pertuduhan terhadap kedua-dua suspek itu dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air terputus bagi tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau dalam menjalankan sebarang pengeluaran.
Beliau berkata enam pekerja syarikat terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing berumur 25 hingga 66 tahun, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
“Kedua-dua pengarah berumur 31 dan 61 tahun itu juga akan didakwa dengan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fadzil berkata kes ini adalah yang kedua didakwa bagi kesalahan mencemar air sejak JSJ Selangor diberi tanggungjawab menyiasat isu tersebut pada September lepas.
Kes pencemaran Sungai Gong pada awal September lepas menyebabkan kira-kira lima juta pengguna di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa mengenal pasti sebuah premis sebagai punca pencemaran sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas.
Gangguan bekalan air tidak berjadual itu bukan yang pertama dihadapi rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur, sebaliknya situasi sama turut dialami penduduk Lembah Klang sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#PKP
#bekalan air
#siasatan
#Peguam Negara
#suspek
#warga asing
#Fadzil Ahmat
#Sungai Gong
#Rawang
#Mahkamah Sesyen Selayang
#pengarah syarikat
#perbuatan khianat
#kertas siasatan
#JSJ Selangor
#gangguan bekalan air
#Sungai Selangor
#saksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan