awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Johor: 244,242 akaun pengguna dipulihkan - Ranhill SAJ

Bernama
Bernama
02/11/2025
08:15 MYT
Pencemaran Sungai Johor: 244,242 akaun pengguna dipulihkan - Ranhill SAJ
Penduduk, Ahmad Rizal Akiah (kiri), melihat petugas Ranhill SAJ mengisi air untuk kegunaan rumahnya di Taman Pelangi selepas menerima bantuan bekalan air daripada lori tangki Ranhill SAJ. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak 244,242 akaun pengguna daripada 455,499 akaun yang terjejas berjaya dipulihkan susulan pencemaran Sungai Johor yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak terancang, setakat 10 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 244,242 akaun pengguna telah dipulihkan daripada 455,499 akaun terjejas akibat pencemaran Sungai Johor; Pontian pulih sepenuhnya, manakala Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi masih terjejas.
  • Punca pencemaran ialah kolam cucian pasir pecah di kawasan perlombongan pasir darat di Kota Tinggi, menyebabkan paras kekeruhan air mentah meningkat luar biasa sehingga 37,400 NTU berbanding normal 400 NTU.
  • Langkah pemulihan termasuk pelepasan air dari Empangan Linggiu dan penghantaran bekalan air melalui lori tangki, selain pengedaran air minuman ke kawasan berkepadatan tinggi.

Jurucakap Ranhill SAJ memaklumkan daerah Pontian pulih sepenuhnya, manakala sebanyak 79,587 akaun pengguna telah dipulihkan (65 peratus) di Kulai, diikuti Johor Bahru sebanyak 162,833 (54 peratus) dan Kota Tinggi pula 588 (dua peratus).
Sebanyak 211,257 akaun pengguna masih lagi terjejas, dengan daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 139,654 diikuti Kulai sebanyak 43,786 dan baki 27,817 di Kota Tinggi.
"Selain itu, usaha membekalkan bekalan air menerusi 40 lori tangki masih diteruskan dalam usaha memastikan pengguna terus menerima bekalan sepanjang krisis pencemaran air mentah yang berlaku sejak Jumaat lepas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, operator air Johor itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan usaha diteruskan termasuk mengedarkan bekalan air minuman ke kawasan berkepadatan tinggi yang terjejas bagi meredakan keresahan pelanggan buat sementara waktu.
Pengguna disarankan untuk terus mendapatkan maklumat rasmi berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan Ranhill SAJ melalui talian 1800887474, e-mel: [email protected] atau sms: ATRanhillSAJAduan dan hantar ke 63001.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata paras kekeruhan air mentah di Lembangan Sungai Johor mencatat peningkatan luar biasa hingga 37,400 Nephelometric Turbidity Unit (NTU) berbanding paras normal kira-kira 400 NTU.
Mohamad Fazli berkata kejadian itu berpunca daripada pergerakan tanah yang menyebabkan kolam cucian pasir keenam milik sebuah syarikat tempatan di sebuah kawasan perlombongan pasir darat di Kota Tinggi pecah, lalu mencemari aliran Sungai Johor, Jumaat lepas.
Susulan itu, pelepasan air dari Empangan Linggiu ditingkatkan bagi tujuan pencairan dan mengurangkan kesan pencemaran, selain penghantaran bekalan air alternatif melalui lori tangki ke kawasan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran Sungai Johor
#akaun pengguna dipulihkan
#gangguan bekalan air
#Ranhill SAJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan