awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Johor: Sekolah beroperasi seperti biasa esok - Exco

Bernama
Bernama
02/11/2025
11:35 MYT
Pencemaran Sungai Johor: Sekolah beroperasi seperti biasa esok - Exco
Gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran Sungai Johor susulan kejadian kolam cucian pasir pecah di kawasan perlombongan di Kota Tinggi, melibatkan peningkatan tahap kekeruhan luar biasa sehingga 37,400 NTU. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Kesemua sekolah di negeri ini akan beroperasi seperti biasa esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.

Ringkasan AI
  • Semua sekolah di Johor akan beroperasi seperti biasa esok, dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menyelaras agihan air bersama Ranhill SAJ bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas sekiranya berlaku gangguan bekalan.
  • Gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran Sungai Johor susulan kejadian kolam cucian pasir pecah di kawasan perlombongan di Kota Tinggi, melibatkan peningkatan tahap kekeruhan luar biasa sehingga 37,400 NTU.
  • Seramai 455,757 pemegang akaun atau hampir 1.8 juta penduduk Johor terjejas secara berperingkat, namun setakat ini 54 peratus telah menerima semula bekalan air.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan melakukan penyelarasan dengan Ranhill SAJ bagi memastikan agihan air menerusi tangki ke sekolah terjejas, sekiranya berlaku gangguan bekalan.
"Langkah itu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan tanpa menjejaskan keselesaan murid serta guru," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebanyak 455,757 pemegang akaun atau hampir 1.8 penduduk di Johor terjejas secara berperingkat akibat pencemaran yang berlaku Jumaat lepas dan setakat ini, 54 peratus daripada jumlah itu telah menerima bekalan air.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata sebuah kolam cucian pasir pecah di kawasan perlombongan pasir darat di daerah Kota Tinggi dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah.
Beliau berkata kejadian melibatkan kolam cucian pasir keenam milik sebuah syarikat tempatan itu mengakibatkan pencemaran Sungai Johor yang mencatatkan peningkatan luar biasa tahap kekeruhan iaitu sehingga 37,400 unit kadar kekeruhan (NTU) berbanding paras normal sekitar 400 NTU.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran Sungai Johor
#sekolah
#pencemaran sungai
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan