MALAYSIA
Pencemaran Sungai Johor: Syarikat terlibat akan dikompaun - Exco
Mohamad Fazli berkata notis arahan pemberhentian aktiviti perlombongan serta-merta juga telah dikeluarkan oleh PTG Johor. Gambar fail/bernama
JOHOR BAHRU: Syarikat yang terlibat dalam kes pencemaran Sungai Johor akan dikenakan tindakan kompaun dan diarahkan menanggung kos kerja pemulihan serta pembersihan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata notis arahan pemberhentian aktiviti perlombongan serta-merta juga telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor.
"Permit bahan batuan syarikat terbabit turut digantung sementara waktu bagi memberi ruang kepada proses siasatan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7A(1) (c) Enakmen Air 1921 (Pindaan 2014) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata penggunaan mendadak dan simpanan panik oleh pengguna merupakan antara faktor yang menjejaskan paras tangki utama di beberapa lokasi sekali gus menyebabkan bekalan tidak selanjar atau tidak berterusan.
MOHAMAD FAZLI-PENCEMARAN (KOMPAUN) 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Beliau berkata secara purata sebanyak 31 lori air menghantar bekalan sebanyak lima hingga enam kali sehari bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi tanpa henti.
"Sebanyak 31 lori air dengan jumlah kapasiti keseluruhan 613 meter padu ini digerakkan setiap hari sehingga kini, bagi penghantaran air bersih ke kawasan terjejas," katanya.
Menurutnya bekalan air dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat dalam tempoh lapan hingga 12 jam akan datang, bergantung kepada kestabilan tekanan dan pengisian semula tangki
Seramai 455,757 pemegang akaun atau hampir 1.8 penduduk di Johor terjejas akibat pencemaran yang berlaku pada Jumaat lepas.
Pencemaran itu berpunca daripada kolam cucian pasir yang pecah di kawasan perlombongan pasir darat di daerah Kota Tinggi, menyebabkan operasi loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara.
-- BERNAMA