MALAYSIA
Pencemaran Sungai Johor: Tujuh laporan polis diterima setakat ini
Pencemaran berpunca daripada kolam cucian pasir yang pecah di kawasan perlombongan pasir darat di daerah Kota Tinggi, menyebabkan operasi loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor setakat ini menerima tujuh laporan berkaitan insiden pencemaran Sungai Johor di Kota Tinggi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata empat laporan terbaharu diterima semalam, melibatkan seorang pemilik lombong dan tiga penduduk kampung yang terjejas.
"Secara keseluruhannya, tujuh laporan polis telah diterima sejak 31 Okt lalu, termasuk satu daripada pihak Ranhill SAJ dan dua daripada penduduk sebelum ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Ab Rahaman berkata polis turut membantu siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Difahamkan syarikat air Johor (Ranhill SAJ) juga akan menjalankan siasatan. Kita pula akan terus memantau dan memastikan tiada insiden berlaku di luar jangkaan," katanya.
Seramai 455,757 pemegang akaun, atau hampir 1.8 juta penduduk Johor, terjejas secara berperingkat akibat pencemaran yang berlaku pada Jumaat lepas.
Pencemaran berpunca daripada kolam cucian pasir yang pecah di kawasan perlombongan pasir darat di daerah Kota Tinggi, menyebabkan operasi loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara.
Setakat semalam, Ranhill SAJ memaklumkan bahawa peratusan pemulihan bekalan air di Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai telah mencapai 93 peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Johor menerima tujuh laporan mengenai pencemaran Sungai Johor di Kota Tinggi, termasuk laporan daripada pemilik lombong dan penduduk kampung yang terjejas.
- Seramai 455,757 pemegang akaun, hampir 1.8 juta penduduk Johor terjejas akibat pencemaran dari kolam cucian pasir yang pecah di Kota Tinggi, menyebabkan operasi loji rawatan air dihentikan sementara.
- Syarikat air Johor, Ranhill SAJ, melaporkan pemulihan bekalan air di beberapa kawasan mencapai 93 peratus, selepas kejadian pencemaran yang berlaku.