Kerajaan negeri menafikan pencemaran yang berlaku di Sungai Masai di sini berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari Loji Kumbahan Taman Bukit Dahlia.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin berkata pemeriksaan telah dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan didapati pelepasan berkenaan bukanlah punca pencemaran terbabit.
"Kalau nak kata loji adalah punca, semua tindakan sudah diambil. Mungkin ada punca-punca lain yang membawa kepada pencemaran.
"Dalam soal ini, perlu ada kerjasama bersepadu daripada pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan-jabatan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Saguhati Nelayan Johor Selatan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Persatuan Nelayan Johor baru-baru ini yang memohon agar MPPG memikirkan jalan penyelesaian kepada pencemaran terbabit yang dikatakan sudah berlarutan selama 10 tahun sehingga menyebabkan kerugian besar kepada para nelayan.
"Sebelum ini, kita ada mewujudkan satu jawatankuasa yang berperanan memantau sungai-sungai di selatan Johor termasuklah Sungai Skudai dan Sungai Masai. Jadi, kena bagi kita masa untuk menyiasat punca pencemaran ini berlaku, bukan kita tidak ambil perhatian.
"Lagipun, pihak MPPG ada Unit Sungai untuk memantau dan merangka inisiatif pemuliharaan Sungai Masai," katanya.
Pada majlis itu, seramai 214 nelayan dan 62 penternak kupang dan ikan sangkar dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang menerima pembayaran sagu hati secara one-off bernilai RM2,000 setiap seorang.
Mereka merupakan sebahagian daripada 1,814 nelayan dan penternak yang terpilih dan akan menerima pembayaran secara berperingkat dalam tempoh empat hari, bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 19 2018
Pencemaran di Sungai Masai sudah berlarutan hampir 10 tahun menyebabkan kira-kira 120 nelayan mengalami kerugian beratus ribu ringgit. - Foto BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencemaran Sungai Masai bukan berpunca dari loji kumbahan
Pemeriksaan yang dibuat mendapati pelepasan sisa buangan bukanlah punca pencemaran di Sungai Masai.