SHAH ALAM: Berdasarkan persampelan kualiti air Sungai Semenyih yang dianalisis susulan pencemaran sehingga memaksa Loji Rawatan Air (LRA) sungai itu dihenti tugas semalam, penemuan awal mendapati pencemaran itu mungkin berpunca daripada tindakan pihak tidak bertanggungwab yang memasukkan efluen ke dalam sungai.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata, insiden pencemaran dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi dan 7 pagi semalam, kerana ketika itu paras air sungai adalah tinggi susulan hujan lebat di bahagian hulu.
Beliau berkata berdasarkan analisis yang dikeluarkan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), antara bahan kimia yang didapati terkandung di dalam sampel air di LRA Sungai Semenyih adalah trichloromethane; acetic acid; dan benzene.
"Sehubungan itu, tindakan pemeriksaan bersepadu akan dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap premis-premis yang berkaitan efluen itu di bahagian hulu Sungai Semenyih bagi memastikan isu ini tidak berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hee berkata tindakan tegas kepada pelaku boleh dikenakan selaras dengan Seksyen 79(1)(a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang RM200,000 dan tidak melebihi RM1 juta, terhadap mereka yang disabit dengan kesalahan berkaitan pencemaran sumber air.
Terdahulu Hee berkata LUAS menerima laporan daripada Air Selangor berhubung pencemaran bau sehingga satu ton yang dikesan di muka sauk Jenderam Hilir LRA Sungai Semenyih kira-kira 11.10 pagi semalam yang menyebabkan LRA itu terpaksa dihenti tugas.
Pemantauan Ops Sumber Air Negeri Selangor yang diurussetiakan oleh LUAS bersama agensi berkaitan seperti JAS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah menjalankan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.
-- BERNAMA,
Bernama
Wed Sep 01 2021
Hee Loy Sian berkata, insiden pencemaran dipercayai berlaku antara pukul 1 pagi dan 7 pagi semalam (Selasa), kerana ketika itu paras air sungai adalah tinggi susulan hujan lebat di bahagian hulu. - Gambar fail
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
RMK12: Kajian pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dilaksana
Kajian mengenai pembangunan loji rawatan air sisa industri berpusat sedang dijalankan bagi menguruskan efluen daripada industri untuk menangani pencemaran air.
Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Kejadian pencemaran air yang mengakibatkan gangguan bekalan air secara statistiknya kecil, iaitu hanya 19 insiden berbanding keseluruhan 210 kes pencemaran air direkodkan antara tahun 2020 hingga 2022
Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis
Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
Air sisa ternakan, rumah sembelihan ancam alam sekitar, apa tindakan kita?
Ramai tidak sedar rumah sembelihan antara industri yang menggunakan sejumlah besar air mentah dan menghasilkan sejumlah besar air sisa.
EMIR Research cadang dua strategi radikal tangani pencemaran sungai di Selangor
Pencemaran masih berlaku, seolah-olah hukuman berat tidak menghadirkan gerun kepada mereka yang gemar melakukan pencemaran.
50 penternak ikan gesa kerajaan negeri percepat proses gali semula kuala Sungai Semerak
Penternak ikan di kuala sungai itu menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada pencemaran air.
Pencemaran di LRA Semenyih: Pemilik kilang berasaskan makanan didakwa
Siasatan mendapati kilang tersebut beroperasi dan beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian.
Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor
Proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.
Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air
Tindakan itu terpaksa diambil pihak pengurusan LRA berkenaan berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.
Lagi pencemaran bau sumber air mentah dikesan
LUAS dimaklumkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhubung pencemaran berkenaan yang dikesan pada tahap 2 ton.