Pencemaran Sungai Selangor: 1,274 kawasan alami gangguan bekalan air

Nailah Huda
Disember 7, 2020 21:35 MYT
Bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi.
Tindakan diambil berikutan pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.
LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam, manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 1 pagi tadi.
Sebanyak 1,274 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terkesan.

Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Rantau Panjang pada 11.30 malam, 7 Disember 2020 serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 pada 1.00 pagi hari ini, berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. #AirSelangor pic.twitter.com/HGx5cLnuYC

— Air Selangor (@air_selangor) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun memaklumkan insiden pencemaran telah beransur pulih setakat awal pagi tadi.
“Bacaan 0 TON telah dicapai setelah usaha mengatasi pencemaran dibuat oleh LUAS,” kata Amirudin menerusi Twitter.
“Loji Rawatan Air Rantau Panjang telah mula beroperasi manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 sedang melalui proses pembersihan sebelum beroperasi semula.
“Bekalan air dijangka pulih seperti biasa.”

Bacaan 0 Ton telah dicapai setelah usaha mengatasi pencemaran dibuat oleh LUAS. Loji Rawatan Air Rantau Panjang telah mula beroperasi manakala LRA SSP 1,2 dan 3 sedang melalui proses pembersihan sebelum beroperasi semula. Bekalan air dijangka pulih seperti biasa. https://t.co/jKL1GH64Pb

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 19 Oktober lalu, LRA yang sama turut dihenti tugas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor sekali gus menjejaskan 1.1 juta akaun pengguna.
Penduduk di Selangor telah mengalami sekurang-kurangnya 13 gangguan bekalan air tahun ini, dengan empat kali pada bulan Oktober.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) baru-baru ini menubuhkan Skuad Pantas bagi pemantauan 24 jam tanpa henti di kawasan sensitif sungai-sungai di Selangor.
#loji rawatan air #Selangor #gangguan air #Air Selangor #LUAS #Sungai Selangor #Rantau Panjang #LRA #bekalan air #pencemaran air #dihenti tugas #Petaling