awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran Sungai Selangor: Pengusaha, pekerja kolam ikan keli ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/12/2020
03:25 MYT
Pencemaran Sungai Selangor: Pengusaha, pekerja kolam ikan keli ditahan
Fadzil berkata, polis akan memohon lanjutan reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Hulu Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis menahan lima lelaki termasuk seorang pengusaha kolam ikan keli dipercayai dalang kes pencemaran Sungai Selangor pada 7 Disember lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, empat daripada suspek merupakan warga Indonesia berusia lingkungan 28 tahun hingga 47 tahun yang merupakan pekerja.
“Kesemua suspek ditahan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada Selasa.
“Hasil siasatan mendapati kolam ikan keli itu dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata, kesemua suspek ditahan reman selama sehari dan pihaknya akan memohon lanjutan reman di Mahkamah Majistret Hulu Selangor untuk meneruskan siasatan.
Pada 7 Disember lalu, media melaporkan kolam ternakan ikan keli yang beroperasi secara haram di sebuah kawasan di Hulu Selangor dipercayai menjadi punca pencemaran bau menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Selangor terpaksa dihenti tugas.
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di 1,292 kawasan membabitkan 1.2 juta akaun pengguna di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#loji rawatan air
#bekalan air
#polis
#Mahkamah Majistret
#Hulu Selangor
#kolam ikan keli
#reman
#pengusaha kolam
#Pekerja
#pencemaran
#Sungai
#Sungai Selangor
#Fadzil Ahmat
#beroperasi tanpa lesen
#henti tugas
#warga Indonesia
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan