MALAYSIA

Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000

Sinar Harian 05/02/2026 | 01:40 MYT
Farid (depan) diiringi pegawai penguat kuasa ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Rawang, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
RAWANG: Penceramah bebas, Farid Abu Auliya dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini pada Rabu, selepas gagal melunaskan hutang perkahwinan berjumlah RM120,000 kepada bekas isteri ketiganya, sejak 2023.

Dia yang juga penghutang atau nama sebenar Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib menolak semua alasan yang dinyatakan di mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan pihak penghutang selaku defendan membayar RM3,000 bagi kos prosiding.

Penghakiman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 berkaitan permohonan untuk mengeluarkan notis penghakiman terhadap penghutang penghakiman.

~ Sinar Harian




#penceramah bebas #hutang kahwin #penjara #Farid Abu Auliya