MALAYSIA

Penceramah bebas direman bantu siasatan kes tipu pembangunan sekolah agama

Bernama 08/07/2025 | 08:30 MYT
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Seorang penceramah bebas direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama melibatkan kerugian RM140,000.
  • Kes melibatkan dua wanita tempatan di Gombak dan Shah Alam, yang mendakwa ditipu oleh suspek berusia 39 tahun yang dikenal sebagai pendakwah bebas.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dengan polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk rotan buluh dan playar boleh laras.


Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an.

-- BERNAMA



#penceramah bebas ditahan #Hussein Omar Khan #kes penipuan pembangunan sekolah agama #terkini