MALAYSIA
Penceramah dibebaskan sehari selepas ditahan - JAINJ
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md. Ali berkata penceramah berusia 50 tahun itu memberikan kerjasama baik sepanjang ditahan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang penceramah agama yang ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada Rabu kerana dipercayai memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Pasir Gudang dibebaskan sehari selepas penahanannya.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Md. Ali berkata penceramah berusia 50 tahun itu memberikan kerjasama baik sepanjang ditahan.
"Selepas ditahan pada 8.30 malam pada Rabu, dia dibebaskan keesokan hari, sebelum dipanggil semula semalam. Dia akan dipanggil semula sekali lagi pada 3 Julai bagi membantu siasatan dijalankan Bahagian Penguatkuasa JAINJ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Khamis, Nasri mengesahkan pihaknya telah menahan penceramah agama itu dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam mengikut Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, iaitu mengajar agama tanpa tauliah.
Penceramah berkenaan pernah ditahan pada 2016 atas kesalahan sama.
"Pada 2020 ada serbuan dibuat, namun dia berjaya melepaskan diri. Ini kali ketiga tindakan diambil terhadap dirinya kerana tiada tauliah.
"Kita tidak halang orang beri ceramah, tetapi mestilah dapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Tindakan ini sama sahaja seperti negeri lain yang mewajibkan penganjur atau pendakwah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penahanan dan Pembebasan: Seorang penceramah agama berusia 50 tahun ditahan kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah rumah di Pasir Gudang, namun dibebaskan sehari selepas penahanannya.
- Kesalahan Berulang: Penceramah tersebut pernah ditahan atas kesalahan sama pada 2016, dan berjaya melepaskan diri dalam serbuan pada 2020. Ini kali ketiga tindakan diambil terhadapnya.
- Keperluan Tauliah: JAINJ menegaskan bahawa semua penceramah agama mesti mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, seperti yang diwajibkan di negeri-negeri lain.