awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini

Bernama
Bernama
15/02/2023
00:45 MYT
Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Isu pencerobohan nelayan asing dan usaha mempercepat kemasukan pekerja asing bagi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.-Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Isu pencerobohan nelayan asing dan usaha mempercepat kemasukan pekerja asing bagi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung isu pencerobohan nelayan asing di kawasan Laut China Selatan diajukan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) pada sesi soal jawab, mahu Menteri Dalam Negeri menjelaskan usaha kerajaan mengatasi isu yang boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan menceroboh kedaulatan negara.
Turut tersenarai, soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Sumber Manusia mengenai usaha kerajaan mempercepat kemasukan pekerja asing dan jangkaan tempoh masalah kekurangan pekerja asing akan diatasi serta bentuk kelonggaran diberikan kepada majikan.
Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan berhasrat memberi wang tunai secara sekali beri kepada penoreh getah yang terjejas akibat hujan hampir sepanjang tahun dan faktor harga getah rendah.
Selain itu, isu kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital seluruh negara akan diajukan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta penjelasan Menteri Kesihatan berhubung rancangan kementerian bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Selesai sesi itu, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#pekerja asing
#nelayan asing
#Ahmad Marzuk Shaary
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan