NATIONAL
Pencerobohan tanah di Raub: SPRM sudah ada senarai individu terbabit - Azam Baki

Azam (foto) berkata, SPRM sedang meneliti kes tersebut dengan serius, bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Ringkasan AI
- SPRM sedang giat menyiasat kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang, dengan fokus pada isu tatakelola dan penerokaan haram yang berlarutan.
- Siasatan terdahulu pada tahun 2021 hampir selesai, tetapi kes terbaharu ini melibatkan penerokaan baharu yang dikesan.
- SPRM menegaskan siasatan akan diteruskan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.
"Jadi ini menjadi satu cabaran juga kepada pegawai penyiasat saya untuk buat 'tracing' dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu.
Tambahnya, siasatan SPRM bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan.
“Kita siasat kes ini dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat isu tatakelola, tetapi juga bagaimana selama ini pihak-pihak terbabit boleh terlepas dalam meneroka tanah.
"(Kita) akan ambil masa sedikit, terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya, di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan bahawa siasatan terdahulu pada tahun 2021 melibatkan pencerobohan tanah di kawasan sama hampir selesai, dan mungkin telah ditutup di peringkat pejabat tanah. Namun, kes terbaharu ini membabitkan penerokaan baharu yang dikesan.
SPRM menegaskan bahawa siasatan akan terus dijalankan bagi memastikan sebarang pelanggaran undang-undang dapat diambil tindakan sewajarnya.
Turut hadir, Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami