awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia

Bernama
Bernama
13/01/2018
12:02 MYT
Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia
Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Proton. - Gambar fail Bernama
Pesara tentera, Ismail Jaafar, yang merupakan pemenang pertandingan mencipta nama kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Taman Nuri dekat sini, pukul 3.10 petang semalam.
Allahyarham Ismail, 71, mencipta nama Proton Saga, yang terpilih daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Proton selaku penganjur, ketika pelancaran edisi pertama kereta nasional itu yang disempurnakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1 Sept 1985.
Beliau meninggalkan isteri, Sariah Abdul Rahman, 69, dan tiga anak, Mohd Sariffuddin, 46, Siti Sarismahan, 42, dan Siti Sarismahanim, 37.
Ketika ditemui pemberita, Mohd Sariffuddin berkata kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir tahun lalu dan sering keluar masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang semalam, selepas Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga.
"Alhamdulillah, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtus Solihin Amanjaya, pukul 10.55 malam tadi," katanya.
Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan Staf Sarjan dengan jawatan terakhir disandang, Ketua Kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak.
Ismail yang berasal dari Pulau Pinang, berpeluang menunaikan haji pada Julai tahun lalu bersama isterinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#Islam
#Ismail Jaafar
#kereta
#kesihatan
#meninggal dunia
#pesara tentera
#Proton
#sakit tua
#Sungai Petani
#Taman Nuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan