KUALA LUMPUR:Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempertimbangkan tindakan undang-undang pada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana masih tidak meluluskan pendaftaran mereka yang dimohon tiga bulan lalu.
Parti yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu turut melantik bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftarannya.
"Proses pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat sejak 17 September 2020.
"Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja Muda masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran Muda.
"Maka, pada 21 Disember 2020, Penaja Muda bersama 100 penyokong Muda hadir ke ROS untuk menyerahkan surat peguam untuk menuntut pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik yang sah diluluskan dengan kadar yang segera," kata Muda dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kenyataan itu juga, jawatankuasa penaja Muda menjelaskan, pihaknya tidak mengharapkan layanan istimewa dari pihak JPPM.
Namun begitu kata Muda, pihaknya sukar menerima kelewatan pendaftaran parti itu kerana tiada sebarang alasan diberi untuk menolak atau menangguhkan.
"Sebagai perbandingan, pendaftaran Perikatan Nasional hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja di bawah kerajaan hari ini.
"Manakala, pada era kerajaan lama Barisan Nasional, pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengambil masa selama 30 hari," katanya.
Baru-baru ini, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut membawa isu kelewatan meluluskan pendaftaran parti mereka ke mahkamah.
Astro Awani
Mon Dec 21 2020
Muda yang diasaskan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu turut melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftaran. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
[TIDAK RASMI] PRN Johor: MUDA kuasai DUN Puteri Wangsa
Amira Aisya Abd Aziz menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan memperolehi 18,891 undi.
Apa langkah seterusnya buat MUDA? Agenda AWANI 8.30 malam ini
Selepas akhirnya dapat menjadi sebuah parti yang sah, apa perancangan MUDA untuk memperjuangkan politik baharu di negara ini?
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga September' - MUDA
Parti Ikatan Demokratik Malaysia sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti.
Isu pendaftaran parti: Permohonan MUDA cabar tindakan menteri, RoS didengar 12 Ogos
12 Ogos tarikh mendengar permohonan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Muda bakal bekerjasama dengan Warisan, tetap tolak PN - Sumber
Muda telah meletakkan syarat kerjasama itu akan terbatal sekiranya Warisan membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN).
Kes baharu COVID-19 terus meningkat, MUDA desak menteri tidak berfungsi dipecat
MUDA menegaskan darurat yang diisytiharkan tidak meringakan beban rakyat kerana masih perlu menjelaskan segala tanggungjawab kewangan dan kehilangan sumber rezeki.
Jabatan Peguam Negara bantah permohonan MUDA cabar tindakan RoS tolak pendaftaran parti
Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.
Hentikan sebentar perebutan kuasa, gesa Syed Saddiq kepada parti politik
Tempoh berdamai antara semua parti politik adalah penting kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita