[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Pendaftaran calon persendirian SPM, SPMU hingga 31 mac

Bernama 05/03/2013 | 11:46 MYT
Pendaftaran calon persendirian untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 dibuka dari 1 hingga 31 Mac ini.
Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan hari ini berkata pendaftaran perlu dibuat di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri terdekat.
Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my/lp.
"Calon diingatkan supaya mematuhi tarikh yang ditetapkan kerana permohonan lewat tidak akan dilayan," kata kenyataan itu.
#Sijil Pelajaran Malaysia #Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan