PUTRAJAYA: Proses pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata fokus ketika ini adalah menjayakan pendaftaran untuk kakitangan kerajaan sebelum pendaftaran dibuka kepada umum pada Mac tahun depan.
"Harapan saya, kita akan dapat pertingkatkan pendaftaran bagi sistem MyDigital ID yang merupakan single sign on (SSO) sistem ataupun sistem yang kita cuma buat pendaftaran sekali sahaja," katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama mendaftarkan diri dan memiliki identiti digital.
Pada 21 Nov lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada MIMOS Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.
Fahmi berkata penjawat awam turut memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang MyDigital ID kepada orang ramai selaras usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan ketika ini.
"Saya lihat ada keperluan untuk penjawat awam terlibat dengan giat dalam usaha pendaftaran (MyDigital ID) ini, asasnya (adalah) proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
"Penting kita tunjukkan bahawa sektor awam kerajaan sedia untuk proses pendigitalan serta mengadaptasi guna teknologi baharu supaya kita beri perkhidmatan lebih baik dan mudah kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau telah meminta Jabatan Penerangan (JaPen) membantu MIMOS, agensi pelaksana MyDigital ID untuk membuat sebaran maklumat mengenai kepentingan pendaftaran sistem itu, antaranya dengan mengaktifkan Info on Wheels di peringkat negeri.
Mengenai sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi hari ini, beliau berkata lebih 500 warga kementerian itu telah mendaftar MyDigital ID dan penerimaannya amat positif.
"Kita lihat penerimaanya sangat positif dan tidak ada apa-apa kegusaran dalam kalangan staf, mereka telah membuat pendaftaran itu dengat sangat cepat dan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Fahmi (dua, kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (dua, kanan) menunjukkan MyDigital ID semasa hadir ke Sesi Pendaftaran MyDigital ID Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
China laksanakan dasar pengecualian kepada lima negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Chris Brown hadir di mahkamah Manchester, dakwaan serangan
Menurut polis Chris Brown ditangkap dan didakwa melakukan serangan hingga kecederaan parah pada Februari 2023.
Trump akan bertemu Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin “secepat mungkin” untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun peringati ulang tahun ke 77
Penunjuk perasaan terdiri memegang plakad mengutuk kekejaman Israel di Gaza ketika ini.
Polis Sweden dedah rakaman kamera badan tembakan di sekolah, Februari lalu
Suspek yang dikenali sebagai rickard andersson menembak mati sepuluh pelajar dan guru di Sekolah Risbergska di bandar orebro sebelum membunuh diri dalam kejadian 4 Februari lalu.
Kekalkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR- Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sokongannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Rapat AMK 2025 bakal himpun perwakilan cabang seluruh negara
Menurut Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, rapat AMK itu akan menjadi ruang bagi setiap calon yang bertanding untuk menyatakan visi, misi serta hala tuju mereka.
Ambil inspirasi Nabi Muhammad, harungi cabaran era teknologi - PM Anwar
Umat Islam harus mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi.
Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Guna khidmat kurier, lelaki ditahan dadah bernilai RM2.1 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan taktik pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantaran syarikat kurier selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Butterworth pada Khamis.

Pendaftaran MyDigital ID untuk 1.6 juta penjawat awam giat dilaksana - Fahmi
Proses pendaftaran MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik.

Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
Pelaksanaan IDN masih di peringkat permulaan, dengan jangkaan pada Mac tahun depan proses pendaftaran akan lebih rancak.

Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat - Fahmi
Katanya, inisiatif yang diusahakan Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar.

IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.