awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki Everest perlu ada bukti sahih - Muqharabbin

Bernama
Bernama
15/06/2022
10:15 MYT
Pendaki Everest perlu ada bukti sahih - Muqharabbin
Mana-Mana pendaki yang mendakwa berjaya menawan Gunung Everest, perlu menunjukkan bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelarkan diri mereka sebagai pendaki Everest, kata Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mana-Mana pendaki yang mendakwa berjaya menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia, perlu menunjukkan bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelarkan diri mereka sebagai pendaki Everest.
Penjelajah Grand Slam pertama negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, bukti itu juga perlu disahkan oleh sherpa yang menemani serta pegawai Kementerian Pelancongan Nepal selain sijil yang diterima daripada kementerian berkenaan.
Beliau berkata, di Malaysia, terdapat lebih 20 pendaki yang berjaya menjejakkan kaki ke Everest sejak tahun 1997 hingga kini.
"Namun terdapat pertikaian terhadap beberapa pendaki yang menggelarkan diri mereka pendaki Everest sedangkan mereka hanya ke Kem Induk Everest bahkan ada juga yang mengaku sudah mendaki melebihi dua kali tetapi tiada bukti bergambar atau video," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Muqharrabin berkata, pendakian Everest bukan mudah dan menelan belanja hampir RM160,000 hingga RM200,000 selain RM80,000 hingga RM150,000 untuk latihan kerana melibatkan pengalaman mendaki gunung bersalji lain sebagai persediaan fizikal dan mental.
"Jangan malu mengaku kegagalan daripada menipu semua orang terutama rakyat Malaysia demi mendapatkan penghormatan yang tidak bermaruah," katanya.
Beliau pernah menamatkan siri pendakian ke tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia antara 2010 hingga 2014 serta berski 'last degree' di Kutub Utara dan Kutub Selatan pada 2017 hingga 2018. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki Everest
#Gunung Everest
#Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
#Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan