MALAYSIA
Pendaki Malaysia diselamatkan selepas alami hipotermia di Gunung Sagara, Indonesia
Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama membantu membawa turun remaja berkenaan. - Gambar/ Humas Polres Garut
JAKARTA: Seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu.
Ringkasan AI
Menurut polis tempatan, remaja itu pengsan di Pos Empat laluan pendakian berhampiran Kampung Sagara sekitar 1 tengah hari waktu tempatan ketika bersama beberapa rakannya.
Polis Garut menjelaskan, remaja itu berjaya diselamatkan oleh Ketua Unit Jenayah Khas, Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama.
Walaupun sedang bercuti, beliau telah mengambil masa lebih sejam untuk membawa mangsa turun ke Pos Satu, sebelum seterusnya dibawa ke tapak perkhemahan utama.
"Remaja itu menerima rawatan awal dan kembali sedar sebelum dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut," menurut kenyataan polis.
Sehubungan itu, Polis Garut mengingatkan orang ramai supaya memastikan tahap kesihatan berada pada paras terbaik serta dilengkapi peralatan sesuai sebelum melakukan aktiviti pendakian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang remaja perempuan Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara bersama rakan-rakannya pada Sabtu.
- Mangsa ditemui pengsan di Pos Empat dan berjaya diselamatkan oleh Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di lokasi, sebelum dibawa turun untuk rawatan awal dan dihantar ke pusat kesihatan.
- Polis Garut mengingatkan pendaki agar memastikan tahap kesihatan dan kelengkapan sesuai sebelum melakukan aktiviti pendakian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.