IPOH: Seorang pendaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai mengalami keletihan melampau di puncak Banjaran Titiwangsa, berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini, semalam.
Lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipercayai meninggal dunia jam 5 petang, namun usaha membawa mayatnya keluar hanya dapat digerakkan esok disebabkan faktor cuaca dan muka bumi mencabar.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihaknya telah menyelaraskan operasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bagi menurunkan mayat lelaki itu.
Katanya, operasi berkenaan akan digerakkan dengan bantuan helikopter JBPM.
"Pihak polis terima maklumat daripada orang awam bahawa berlaku kejadian kematian melibatkan seorang pendaki gunung lelaki warga tempatan di puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali.
"Tempat kejadian adalah terletak lebih kurang lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu berdekatan loji rawatan air Ulu Kinta.
"Semasa kejadian, sekumpulan pendaki gunung yang memiliki kebenaran memasuki hutan simpanan kekal, terdiri daripada 11 orang lelaki dan tiga orang perempuan telah menjalankan aktiviti mendaki gunung.
"Namun, salah seorang ahli kumpulan lelaki berumur 66 tahun dikatakan mengalami kepenatan lalu meninggal dunia di puncak gunung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, ahli kumpulan tersebut mengambil keputusan untuk turun ke kaki gunung bagi melaporkan kejadian itu kepada pihak polis susulan kekangan talian komunikasi.
Mior Faridalathrash berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Katanya, pihak yang ingin menyalurkan sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, SM Ahmad Tajuddin Ros, di talian 011-24201660 bagi membantu siasatan.
Aida Aziz
Wed May 18 2022

Operasi membawa turun mangsa akan digerakkan dengan bantuan helikopter JBPM esok. - Gambar hiasan/ fail

Suara Rakyat | Minyak masak peket habis, pengguna terpaksa 'berkorban'
Pemansuhan semula subsidi minyak masak botol sejak 1 Julai lalu beri kesan besar kepada sebilangan penduduk di Kota Kinabalu. Mereka mendakwa stok minyak masak paket di pasaran sudah habis. Jadi tiada pilihan, terpaksa bayar lebih untuk beli minyak masak botol. Situasi ini amat membebankan terutama bagi peniaga kecil.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

Cerita Sebalik Berita: Keselamatan tetamu Allah di Makkah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'
Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab. Ia dengan penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram
Pemeriksaan JAS di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air [TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976616/thumbnails/4194787531657012112327_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air
Ikuti Sidang Media Khas bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai Pencemaran Bau di Jenderam Hilir.

Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Pendaki maut di puncak Banjaran Titiwangsa, usaha bawa turun digerak hari ke-3
Usaha membawa mayatnya keluar hanya dapat digerakkan esok disebabkan faktor muka bumi mencabar dan cuaca.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Lagi cebisan tubuh manusia ditemui pasukan penyelamat
Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan tubuh manusia itu dijumpai pada jam 4.30 petang di lokasi penemuan kedua semalam.

Warga emas maut ketika mendaki di Centipede Trail, Bukit Melati
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika menjalani aktiviti mendaki di Centipede Trail, Bukit Melati, di sini petang tadi.

Lima pendaki maut dalam ribut salji di Gunung Elbrus, Rusia
Gunung Elbrus dikenali dengan risiko cuaca ekstrem yang boleh berubah secara mendadak, sekali gus menyukarkan laluan pendakian.

Pendaki British hilang di pergunungan New Zealand ditemui mati - Polis
Ribuan pendaki melawat New Zealand setiap tahun untuk meneroka keindahan landskap pergunungan dan mendekati hidupan liarnya.

Pendaki dari India maut, dua lagi hilang di Everest
Pendaki itu sampai di ketinggian 8,849 meter pada Sabtu namun rebah ketika menuruni tembok ais Hillary Step, seterusnya meninggal dunia keesokannya.