Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak hari ini membantu menurunkan jenazah seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Ledang, dekat Tangkak.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata Amran Rawi, 59, yang merupakan bekas anggota polis, disahkan meninggal dunia ketika berada di kawasan Batu Hampar, yang berketinggian 1,050 meter dari aras laut.
Rafiah berkata pusat gerakan operasi bomba negeri menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada 1.51 tengah hari tadi bagi memohon bantuan bomba membawa turun jenazah Amran.
"Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian bagi membawa turun jenazah itu.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seorang lelaki berumur 59 disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat komplikasi serangan jantung oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," katanya menerusi kenyataan, malam ini.
Rafiah berkata Amran dilaporkan memulakan pendakian di gunung setinggi 1,276 meter terbabit pada 8.35 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki melibatkan 56 orang termasuk dua kanak-kanak.
Beliau berkata ketika tiba di Batu Hampar hampir menuju ke check point 7 pada 11.30 pagi, Amran kemudian mengalami serangan jantung.
Bagaimanapun, kumpulan berkenaan sukar mendapat liputan talian telefon pada paras ketinggian 1,050 meter itu, sehingga sukar untuk menghubungi pihak polis dan bomba, katanya.
Menurut Rafiah, operasi menurunkan jenazah Amran yang dibantu polis itu tamat kira-kira 7.05 malam dan jenazahnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak pada Sabtu membantu menurunkan jenazah Amran yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Ledang. --fotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pendaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Ledang
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak hari ini membantu menurunkan jenazah seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Ledang, dekat Tangkak.